Harga rasmi ASUS ROG Phone 2 telah didedahkan – Bermula dengan harga RM2,099

Desas desus mengenai ASUS ROG Phone 2 akhirnya terjawab apabila baru-baru ini ASUS telah melancarkan secara rasmi telefon pintar yang memfokuskan permainan mudah alih kedua mereka selepas kejayaan ROG Phone pertama mereka tahun lepas.

Merujuk kembali spesifikasi yang ditawarkan buat ROG Phone 2, ia hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855+ yang terbaru, bateri 6000mAh yang hadir dengan pengecasan pantas 30W, skrin OLED bersaiz 6.59-inci resolusi 1080 x 2340 piksel, 10-bit HDR dan menyokong paparan segar semula 120Hz.

ASUS juga berkata bahawa ROG Phone 2 mempunyai keupayaan bermain PUBG Mobile selama 7 jam tanpa henti. Terima kasih pada bateri 6000mAh, cukup besar untuk kegunaan harian dan bermainan permua. Menariknya lagi, ia juga turut hadir dengan pelbagai aksesori baru.

Harga rasmi mengikut tukaran wang asing semasa :

  • Elite Version – CNY 3,499 (RM2,099)
  • Classic Version – CNY 5,599 (RM3,599)
  • Extreme Edition – CNY 7,999 (RM4,789)
  • E-Sport Amoured Edition – CNY 12,999 (RM7,784)

Buat ROG Phone E-Sport Amoured Edition, ASUS menawarkan pakej pelbagai aksesori bersama beg bimbit khas yang berwarna oren hitam. Ia sememangnya tawaran yang menarik buat peminat ROG Phone, lebih-lebih lagi pemain tegar E-Sport.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: