Google Play Store kini memaparkan tanda amaran “Not designed for children”

Jika merujuk kembali kepada pengumuman Google pada bulan Mei yang lepas, Google telah mengatakan pada pembangun aplikasi bahawa harus ada sasaran umur buat semua aplikasi yang ada di Play Store.

Langkah ini adalah sebagai langkah keselamatan buat kanak-kanak dengan meletakkan tanda amaran “Not designed for children” pada beberapa aplikasi yang terpilih dalam Google Play Store yang telahpun bermula.

Tanda amaran “Not designed for children” adalah terletak betul-betul dibahagian bawah butang ‘install’ yang mempunyai garisan berkotak berwarna merah jambu.

Setakat ini hanya aplikasi Google VR Services dan Google Voice yang dikesan mempunyai tanda amaran ini. Kehadapan nanti mungkin kita akan diperlihatkan lebih banyak tanda ini buat beberapa aplikasi terpilih.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: