Google mendedahkan fungsi baru buat Pixel 4

Sebelum ini kita telah melihat rekaan Google Pixel 4 yang didedahkan sendiri oleh Google pada Jun yang lepas. Kini sekali lagi Google telah mendedahkan fungsi baru Pixel 4.

Fungsi yang didedahkan adalah sistem keselamatan pengimbas wajah yang mempunyai ciri seperti Face ID Apple yang menggunakan pelbagai sensor. Yang menariknya lagi, dengan fungsi ini pengguna boleh mengimbas wajah secara melintang ataupun menegak.

Ia bukan hanya nyahkunci telefon anda, malah mampu menjadi keselamatan pengimbas wajah untuk anda membuat bayaran ataupun aplikasi di Play Store seperti yang berfungsi di iPhone X.

Google juga turut mendedahkan bahawa Pixel 4 akan mempunyai fungsi yang dipanggil ‘Motion Sense’. Dengan penggunaan cip Soli, ia membolehkan pengawalan gestur menggunakan tangan tanpa menyentuhnya apabila berdekatan dengan telefon.

Tambahan lagi, Pixel 4 adalah satu-satunya peranti dari Google yang dilengkapi dengan Soli iaitu fungsi Motion Sense yang mampu melangkau lagu yang dimainkan, mendiamkan panggilan telefon dan pelbagai lagi hanya dengan menggerakkan tangan sahaja.

Fungsi ini sebenarnya telah mula diperkenalkan pada tahun 2015. Kini Google mengembalikannya pada tahun ini. Saya tidak pasti sejauh mana fungsi ini akan digunapakai sepenuhnya oleh pengguna dalam jangka masa yang lama.

Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan, pelbagai sensor yang digunakan termasuk Soli radar cip, 2x kamera Face Unlock IR, Ambient Light/Proximity Sensor, Face unlock Dot Projector dan Face unlock Flood Illuminator. Dan ternyata, Google menggunakan ruangan bingkai atas dengan sebaik mungkin dengan kepelbagaian teknologi sensor.

Google Pixel 4 juga dijangkakan akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober nanti. Beberapa bulan sahaja lagi dari sekarang. Apa pun, sama-sama kita nantikan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: