Fasa ke-4 Marvel MCU diumumkan : Thor 4, Black Panther 2, Doctor Strange 2, Fantastic Four, Loki dan pelbagai lagi!

Buat peminat filem-filem superhero Marvel, ini adalah berita baik buat anda semua. Presiden Marvel Studio iaitu Kevin Feige hari ini telah mengumumkan fasa ke-4 buat filem dan drama bersiri dari Marvel Cinematic Universe (MCU) di acara khas Comic-Con International 2019.

Pelbagai filem telah diumumkan oleh beliau di pentas yang diturut serta oleh pelakon-pelakon yang terkenal buat filem terbitan MCU. Antara senarai filem yang diumumkan oleh beliau adalah :

  • Black Widow – 1 Mei 2020
  • The Eternals – 6 November 2020
  • Wanda Vision – Musim Bunga 2021 (Disney+)
  • The Falcon and the Winter Soldier – Musim Gugur 2020 (Disney+)
  • Loki – Musim Bunga 2021 (Disney+)
  • Thor 4 : Love and Thunder – 5 November 2021
  • Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings – 12 Feb 2021
  • Doctor Strange : in the Multiverse of Madness – 7 Mei 2021
  • Hawkeye – Musim Gugur 2021 (Disney+)
  • What If…? – Musim Panas 2021 (Disney+)

Nampaknya 2 tahun mendatang (2020 – 2021) kita akan dipertontonkan dengan pelbagai filem dari MCU yang bermula dengan Black Widow pada 1 Mei 2020 dan yang akan ditayangkan di Disney+ bermula dengan The Falcon and the Winter Soldier pada bulan September 2020 (Musim gugur).

Jarak yang agak jauh buat tayang tahun 2020 hingga ke 2021. Nampaknya kita akan dipertontonkan lebih banyak pada tahun 2021 nanti.

Garis masa fasa ke-4

Selain itu, Kevin juga turut memberi acah tentang filem lain yang turut dalam perancangan iaitu Fantastic Four, X-Men, Guardians of the Galaxy vol 3, Captain Marvel 2 dan Black Panther 2.

Filem mana yang paling anda nanti-nantikan?

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: