Crawl – Filem tentang buaya yang penuh dengan kejutan

Pada beberapa hari yang lepas, saya sempat menonton filem baru yang ditayangkan di TGV iaitu filem Crawl. Filem ini mengisahkan tentang seorang anak iaitu heroin filem ini sendiri dan seorang ayah yang sekian lama tidak berjumpa dan mengalami situasi yang tragis.

Ia adalah apabila kawasan penempatan ayah beliau telah dilanda ribut taufan yang amat dahsyat menyebabkan banjir yang dahsyat. Dalam pada itu juga, terdapat buaya yang telah memasuki kawasan rumah mereka dan menjadikan filem ini sangat mengujakan.

Dari segi jalan cerita, tidaklah begitu perlahan. Pada suku yang pertama filem ini, penonton akan mempunyai pelbagai tanda tanya tentang status ayah beliau yang berada dimana dan apa sebenarnya yang sudah terjadi.

Watak Hayley (anak) dilakonkan oleh Kaya Scodelario. Dan watak Dave (ayah) dilakonkan oleh Barry Pepper. Kedua-dua pelakon ini memainkan watak dengan sangat berkesan dan penuh penghayatan.

Sejak pertemuan beliau dan ayahnya, bermula segala adegan-adegan yang begitu memeranjatkan penonton. Dalam wayang yang saya tonton, hampir semua penonton menjerit dan terkejut dengan babak yang dipaparkan dalam filem ini. Dari awal sehingga akhir filem ini juga, penuh dengan adegan yang sangat berbaloi untuk tonton. Tak henti aksi dan kejutan.

Jika melihat dari segi CGI yang dibawakan, buaya memang lihat nampak sangat realitisk dan ganas apabila menerkam mangsanya. Namun ada beberapa babak taufan yang nampak lemah dari segi CGI. Tak kurang juga ada beberapa perkara yang nampak tidak realistik dan mempunyai rasa geram sebagai penonton.

Ada juga adegan yang membuatkan penonton rasa ini mungkin adalah pengakhiran bagi filem ini dan rasa puas bila mereka selamat. Namun, ia adalah sebaliknya. Kejutan demi kejutan diberikan buat penonton.

Secara keseluruhan filem ini, sememangnya memberi kepuasan yang baru buat penonton yang dahagakan genre filem tentang haiwan liar (predator). Buaya yang dipaparkan dalam filem ini memang sangat besar. Buat yang ada sakit jantung atau mengandung, saya tidak sarankan menonton filem ini memandangkan banyak adegan yang terkejut.

Saya boleh beri 8/10 untuk filem Crawl. Jika masih tercari-cari filem mencabar apa yang mahu ditonton hujung minggu ni, boleh tonton filem Crawl. Saya jamin, setiap ringgit yang anda belanjakan adalah berbaloi.

Filem arahan : Alexandre Aja dengan kos bernilai $13.5 juta.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: