Cop parking adalah kesalahan yang boleh dikenakan penalti sehingga RM4,000 dan penjara sehingga 12 bulan

Di kawasan kejiranan seringkali kita mengahadapi isu seumpama ini. Ramai penduduk yang dengan sengaja meletakkan pelbagai barangan seperti kon, motor, pasu bunga, ampaian baju, kerusi, berdiri dipetak parking dan sebagainya. Kawasan kedai-kedai juga turut berlaku.

Sebenarnya ia adalah satu kesalahan undang-undang dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak JPJ Malaysia juga mengatakan bahawa “Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga turut boleh digunapakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah. Bermaksud, walaupun anda penduduk lama disesuatu perumahan, anda tidak boleh cop parking sesuka hati dan ia adalah satu kesalahan.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Disamping itu, anda juga boleh membuat aduan dengan cara :

  1. Emel ke [email protected]
  2. Atau WhatsApp rasmi aduan JPJ

Anda juga perlu sertakan butiran pengadu (No kad pengenalan), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan dan butiran kejadian pada email atau WhatsApp aduan JPJ.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: