Cip pemproses Qualcomm ‘Snapdragon Wear 429’ yang lebih pantas dan kecil buat jam tangan pintar

Jika sekarang, kebanyakan peranti Wear OS yang berasaskan jam tangan pintar menggunakan cip pemproses Snapdragon Wear 3100 dengan sokongan 32-bit, A7 CPU Core dan 28nm. Ia adalah cip pemproses dengan peningkatan yang sedikit dari Wear 2100.

Menerusi laporan dari Winfuture, Qualcomm sedang bercadang untuk cip pemproses Snapdragon Wear yang terbaharu. Ia mungkin digelar sebagai Snapdragon Wear 429 atau mungkin menggunakan nama Snapdragon Wear 2700.

WinFuture juga turut mengatakan bahawa platform ujian terkini adalah WTP2700 dan WTP429W. Masing-masing dipasangkan dengan 1GB dari LPDDR3 RAM dan storan EGB 8GB, dan satu lagi ciri “Track3“, yang berspekulasi berkaitan dengan mekanisma penjimatan kuasa.

Cip pemproses 429 ini dikhabarkan akan hadir dengan sokongan 64-bit, Cortex A53 CPU core, dan 12nm berbanding dengan cip pemproses Wear 3100 sebelum ini yang hanya menggunakan 32-bit.

Dengan cip pemproses terbaru ini, ia sememangnya satu batu loncatan buat peranti jam tangan pintar. Setakat ini belum pasti sama ada cip pemproses ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat atau tahun hadapan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: