Celcom laksanakan ujian rangkaian teknologi 5G di beberapa kawasan terpilih

Rangkaian teknologi 5G adalah antara perkara yang sememangnya kebanyakan pengguna nantikan. Jika diteliti terhadap teknologi yang ditawarkan, ia sememangnya sangat mengujakan dan memberi banyak kelebihan pada pengguna buat kegunaan teknologi masa kini.

Di Malaysia sendiri, kita juga tak terlepas dengan teknolog 5G. Celcom hari ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menguji rangkaian teknologi 5G di beberapa kawasan sekitar Petaling jaya yang terpilih seperti Crystal Crown Hotel, stesen LRT Taman Jaya, Menara MBPJ dan Menara Celcom sendiri. Sekaligus ia adalah yang pertama di Malaysia untuk ujian rangkaian 5G.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi juga berkata bahawa ujian ini akan dilangsungkan selama 6 bulan untuk memantau penggunaan dan prestasi yang akan ditunjukkan terhadap beberapa kawasan yang telah dipilih.

Semasa pelancaran, Celcom juga sempat menunjukkan kelajuan yang dapat dicapai oleh rangkaian 5G dengan kelajuan internet yang mencapai sehingga 6Gbps. Menurut Celcom juga ia akan dipertingkatkan lagi semasa proses ujian 6 bulan yang dijalankan.

Ia sememangnya berita yang baik buat rakyat Malaysia. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kita mungkin akan dapat mencapai rangkaian teknologi 5G dalam masa 2 ke 3 tahun mendatang. Harapnya ia akan hadir dengan rangkaian yang stabil dan kelajuan yang lebih memuaskan.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: