Cara muat turun video di YouTube, Instagram dan Twitter di iPhone

Mungkin ada beberapa pengguna iPhone, iPod dan iPad yang masih terpinga-pinga mencari penyelesaian untuk muat turun video dari YouTube, Instagram dan Twitter untuk tujuan tertentu.

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk muat turun video dari dari YouTube, Instagram dan Twitter melalui iPhone dengan cara yang sangat mudah dan yang paling penting ia adalah percuma.

Anda boleh gunakan aplikasi Blackhole Cut yang perlu dimuat turun di App Store iOS secara percuma. Lepas anda muat turun aplikasi, cara untuk anda muat turun video hanya perlu ikut beberapa langkah mudah ini :

  1. Copy link video dari YouTube atau Instagram atau Twitter
  2. Masuk aplikasi dan tekan saja bentuk bulat seperti bulan
  3. Video akan automatik paste dan muat turun
  4. Dan video akan terus disimpan di galeri (Photos) fon anda

Namun, ia hanya dapat muat turun video dengan resolusi 360p sahaja. Ini adalah salah satu yang mudah. Pelbagai lagi cari lain yang anda boleh gunakan. Antara lain adalah :

  • Screen Recording (Merakam skrin)
  • Melalui Telegram di pautan ini
  • Aplikasi : Shortcuts
  • Pelbagai lagi

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: