Black Shark 2 Pro kini rasmi – Hadir dengan Snapdragon 855+ dan pelbagai lagi

Black Shark 2 kini telah rasmi dilancarkan dengan penambahbaikan dari segi rekaan dan warna yang lebih tampak unik berbanding Black Shark 2 versi yang biasa sebelum ini.

Perbezaan paling ketara untuk versi Pro kali ini adalah ia dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 855+ yang terbaru memfokuskan terhadap permua seperti yang didedahkan oleh Black Shark baru-baru ini.

Secara tak langsung Black Shark 2 Pro adalah peranti kedua menggunakan cip pemproses ini selepas ASUS ROG Phone 2. Selain itu, versi Pro ini juga mempunyai 12GB RAM dan storan jenis UFS 3.0.

Dari segi rekaan, ia juga dilengkapi dengan jenis grip yang telah dinaiktaraf dan penambahan dua lagi lampu RGB yang diletakkan dibahagian panel belakang. Manakala dari segi warna, Black Shark 2 Pro mempunyai 3 pilihan warna yang lebih unik.


Pada bahagian lain, Black Shark 2 Pro mempunyai peningkatan sedikit dari segi kamera kedua dari 12MP, untuk versi Pro menjadi 13MP f/2.2. Manakala skrin 6.39-inci mempunyai latensi 34.7ms yang lebih rendah berbanding Black Shark 2 biasa sebelum ini 43.5ms. Selain itu pada spesifikasi semuanya hampir serupa.

Black Shark 2 Pro akan mula dijual di China bermula 2 Ogos ini dengan pilihan 2 model iaitu 12GB RAM dan 128GB storan dengan harga CNY 2,999 (RM1,796) atau 12GB RAM dan 256GB storan dengan harga CNY 3,999 (RM2,396).

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: