Black Shark 2 Pro akan dilancarkan dan mungkin hadir dengan Snapdragon 855 Plus

Jenama Black Shark bukan nama yang asing lagi dalam dunia telefon pintar. Ia sememangnya amat terkenal dengan telefon pintar yang berasaskan permainan mudah alih dan beberapa ciri menarik.

Setelah perkenalan Black Shark pada tahun lepas, dan Black Shark 2 pada bulan Mac yang lepas, kini syarikat itu akan perkenalkan model yang seterusnya iaitu Black Shark 2 Pro.

Menerusi poster yang diperlihatkan melalui laman web Weibo, pelancarannya telah dijadualkan pada 30 Julai ini di China. Ramai yang menjangkakan bahawa Black Shark 2 Pro mungkin akan hadir dengan Snapdragon 855 Plus yang diumumkan baru-baru ini oleh Qualcomm.

Antara jenama lain yang sudah dipastikan menggunakan Snapdragon 855 Plus adalah ASUS ROG Phone 2 dan Nubia Red Magic 3. Tidak hairan sebenarnya jika Black Shark 2 Pro juga menggunakan cip pemproses yang sama, kerana ia adalah telefon pintar yang memang memfokuskan terhadap permainan mudah alih.

Namun setakat ini tiada maklumat lanjut sama ada Black Shark 2 Pro akan menggunakan spesifikasi yang sama dengan Black Shark 2 atau ia akan ada beberapa penambahbaikan dari segi spesifikasi dan ciri baru. Apa pun, sama-sama kita nantikan 30 Julai nanti.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: