Avengers : End Game mendapat kutipan paling banyak didunia ‘mengalahkan filem Avatar’

Jika anda seorang peminat filem, tentu anda mengetahui fakta bahawa filem Avatar adalah filem pertama dengan kutipan paling banyak didunia sebanyak $2.788 billion, manakala filem Titanic adalah filem kedua terbanyak yang bernilai $2.187 billion sebelum Avengers : End Game keluar di pawagam.

Namun, jumlah filem Titanic telah dikalahkan oleh Avengers setelah beberapa minggu ia ditayangkan di pawagam. Pengarahnya sendiri James Cameron juga akui melalui Instagram rasmi beliau bahawa Avengers berjaya mengalahkan kutipan Titanic.

Avengers : End Game mula ditayangkan pada 24 April yang lepas di Malaysia, ia juga telah ditayangkan semula pada 29 Jun yang lepas dengan penambahan beberapa minit sahaja babak dan kredit. Ia ternyata sekali lagi menambah kutipan filem itu secara global.

Kini, filem superhero Marvel telah mencipta sejarah dengan menjadi kutipan filem paling tinggi didunia dengan nilai kutipan sebanyak $2.789 billion setelah beberapa bulan ia ditayangkan dan sekaligus telah mengalahkan filem Avatar yang kurang beberapa billion sahaja setelah hampir 10 tahun Avatar merangkul takhta.

Presiden Marvel Studio, Kevin Feige juga turut memberi petikan tentang kejayaan filem Avengers : End Game dengan mengatakan “Thanks to you, Avengers: Endgame is the biggest film of all-time,”

Ia sememangnya adalah satu batu loncatan buat filem superhero. Hanya dengan kos produksi $356 juta, filem ini telah mencecah penjualan yang sangat diluar jangkaan.

Dengan pengumuman MCU fasa ke-4, mungkinkah Marvel sekali lagi akan melakar sejarah dunia dengan senarai kutipan filem tertinggi mengalahkan Avatar dan Titanic lagi dalam masa 2-3 tahun lagi?

Atau mungkin akan ada filem lain yang bakal merangkul takhta filem dengan kutipan paling banyak di dunia? Inilah keterujaan yang kita tunggu-tunggu. Harap akan ada produksi dan pengarah yang terinspirasi untuk membuat naskah filem yang berkualiti dan mempunyai ‘hype’ yang tersendiri buat penonton.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: