ASUS ROG Phone 2 diumumkan : Hadir dengan skrin OLED 120Hz dan Snapdragon 855 Plus

ASUS ROG Phone pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat peranti, lebih-lebih lagi dikalangan gamers yang gemarkan bermain permainan mudah alih di telefon pintar. Ia juga adalah telefon pintar pertama dari ASUS yang berasaskan permainan mudah alih.

Beberapa minggu ini juga kita banyak diperlihatkan dengan pelbagai khabar angin tentang siri kedua ROG Phone. Turut bekerjasama dalam menjayakan telefon pintar ini adalah Tencent, pakar dalam permainan mudah alih.

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, ROG Phone 2 akhirnya diumumkan dan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 855 Plus yang terbaru, 12GB RAM, storan 512GB dengan UFS 3.0.

Untuk bahagian sistem operasi, ROG Phone 2 dicipta buat 2 jenis pengguna iaitu buat gamers dan buat power user. Bermakna, anda akan menikmati pilihan OS sama ada ROG UI atau OS seperti yang ada di Zenfone 6.

Selain itu pada bahagian hadapan, ia dilengkapi dengan skrin OLED bersaiz 6.59-inci resolusi 1080 x 2340 piksel, 10-bit HDR dan menyokong 120Hz fresh rate dengan 1ms latenci. Pilihan 60Hz dan 90Hz juga turut tersedia untuk fon ini. Lebih 0.6-inci berbanding ROG Phone pertama.

Pada bahagian kamera utama pula, ia menggunakan dwi-kamera 48MP dan 13MP. Manakala kamera swafoto 24MP, tanpa sebarang teknologi kamera bermotor.

Tidak mengikut trend telefon pintar terkini, ROG Phone 2 juga nampaknya masih mengekalkan rekaan skrin dengan bingkai atas dan bawah bagi membolehkan pembesar suara stereo bahagian hadapan berfungsi untuk pengalaman bermain permainan dengan lebih baik dan mempunyai pengimbas cap jari di skrin.

Ia juga turut menyokong fungsi DTS:X Ultra yang mempunyai multi-channel audio. Tambahan lagi kelantangan pembesar suara juga dipertingkatkan dengan 2.5x kali lebih kuat dari ROG Phone yang pertama. ROG Phone 2 juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dan mempunyai 4 mikrofon yang berfungsi dengan sangat jelas.

Jika sentuh bab ketahanan penggunaan harian, ROG Phone 2 mempunyai bateri sebesar 6,000mAh yang membolehkan anda bermain PUBG Mobile selama 7 jam tanpa henti. Ia juga mempunyai pengecasan pantas 30W.

Dari segi rekaan bentuk badan, ia tidak ubah seperti ROG Phone yang pertama. Hanya peningkatan beberapa fungsi, spesifikasi, saiz dan keupayaan.

Selain itu juga, ASUS juga turut umumkan aksesori buat ROG Phone 2. Antaranya adalah :

  • AeroActive Cooler II
  • Aero Case
  • TwinView Dock II
  • ROG Kunai Gamepad
  • Mobile Desktop Dock
  • Pro Dock
  • WiGig Display Dock Plus
  • ROG Lighting Armor Case

Harga jualan rasmi belum dipastikan lagi buat masa ni. Kami akan kemaskini dari masa ke semasa. Ia juga dilaporkan akan mula dijual di China bermula 23 Julai ini. Manakala jualan di negara lain bermula pada awal September ini.

Gambar oleh : GSMarena

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: