Apple mungkin melancarkan dua model iPad baru tahun ini

iPad nampaknya semakin menyerlah tahun demi tahun, lebih-lebih lagi dengan adanya sistem operasi iPadOS yang tersendiri semasa pengumuman WWDC 2019 yang berlangsung pada awal Jun lepas.

Menerusi laporan dari Apple Insider, terdapat dua model iPad baharu yang telah didaftarkan dibawah Eurasian Economic Commission (EEC) buat model A2200 dan A2232 yang disekalikan dalam satu bahagian oleh Apple pada tarikh 26 Julai 2019.

Terdapat juga ura-ura bahawa model ini adalah iPad bersaiz 10.2-inci yang akan menggantikan iPad 9.7-inci sedia ada. Dalam bahagian ‘Name of product’ juga, dapat lihat bahawa kedua-duanya akan hadir bersama iPadOS yang terbaharu.

Selain kedua-dua model baharu ini, terdapat juga lima model yang telah didaftarkan di EEC pada awal tahun ini iaitu model A2197, A2228, A2068, A2198, dan A223. Sekaligus menjadikannya 7 model secara keseluruhan yang bakal hadir dengan iPadOS dan berkemungkinan diperkenalkan pada September tahun ini.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: