Apple mengambil alih perniagaan modem telefon pintar Intel dengan nilai $1 billion

Intel bukan jenama yang asing lagi dalam pengeluaran cip pemproses yang berkuasa buat kebanyakan komputer dan komputer riba yang ada didunia sekarang.

Kini menerusi laporan terbaru, Apple telah mengambil alih perniagaan modem telefon pintar Intel dengan nilai $1 billion yang turut mengambil alih kira-kira 2,200 pekerja Intel untuk turut serta bersama Apple dan mengambil alih kira-kira 17,000 paten teknologi tanpa wayar.

“Kami telah bekerjasama dengan Intel selama bertahun-tahun dan mengetahui pasukan ini berkongsi keghairahan Apple untuk merekabentuk teknologi yang memberikan pengalaman terbaik di dunia untuk pengguna kami,” kata Johny Srouji, Naib Presiden Senior Apple bahagian perkakasan.

“Apple teruja untuk mempunyai banyak jurutera yang hebat menyertai kumpulan teknologi selular kami yang semakin berkembang, dan tahu mereka akan berkembang maju dalam persekitaran yang kreatif dan dinamik Apple.” Tambahnya lagi.

Dengan pengambilalihan ini secara tak langsung memberi sinar terhadap teknologi modem 5G yang akan diperkenalkan oleh Apple tak lama lagi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: