Apple iPad dengan skrin boleh lipat dan teknologi 5G?

Peranti dengan skrin boleh lipat dikira bukan lagi satu mitos. Ia ternyata telah menjadi realiti setelah Samsung dan Huawei perkenalkan teknologi skrin boleh lipat sebelum ini.

Dalam pada itu, terdapat laporan penganalisis dari IHS Markit iaitu Jeff Lin telah mendedahkan bahawa Apple secara senyap sedang membangunkan iPad dengan teknologi skrin boleh dilipat bersama teknologi 5G. Ia bukanlah telefon pintar seperti Samsung Galaxy Fold atau Huawei Mate X, tapi ia adalah iPad.

Tidak pasti sama ada iPad yang akan dibangunkan ini akan menjadi pengalaman skrin tunggal yang boleh dilipat seperti Samsung dan Huawei perkenalkan sebelum ini, atau mungkin ia akan lebih dekat seperti reka bentuk komputer riba dengan dwi-skrin.

Beliau menyatakan bahawa paparan skrin yang digunakan adalah hampir seperti siri MacBook yang terkini. Secara tak langsung membawa revolusi terbaru terhadap tablet.

Menurutnya lagi, iPad ini mungkin hadir dengan teknologi 5G. Tahun ini bukan tahun Apple perkenalkan teknologi 5G buat iPhone mahupun iPad, Apple mungkin akan perkenalkan teknologi 5G pada tahun 2020 buat iPhone atau 2021 kehadapan buat iPad ini. Apa pun tiada kepastian lagi mengenainya. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber 1, 2)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: