Android Q BETA dilepaskan buat Xiaomi Mi 9

Hari ini secara rasminya Xiaomi telah melancarkan Android Q BETA buat MIUI Xiaomi Mi 9 sebagai telefon pintar Xiaomi pertama yang mempunyai sokongan Android Q versi BETA di China.

Pada bulan Mei yang lepas, Google telah mengumumkan senarai telefon pintar yang bakal mendapat kemaskini Android Q. Ia termasuk 21 model dari 13 jenama. Dalam pada itu, Xiaomi Mi 9 juga dilaporkan menjadi telefon pintar pertama yang akan mendapat kemaskini Android Q pada bulan Ogos nanti.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Google, Android Q memberi tumpuan terhadap memperkukuhkan ciri privasi. Dalam Android Q, pengguna boleh memilih sama ada aplikasi itu boleh mengakses lokasi semasa ia dijalankan.

Dan apabila aplikasi menggunakan data lokasi pengguna, mikrofon, atau kamera, pengguna akan dapat melihat ikon yang sesuai di bar pemberitahuan, yang memberitahu pengguna terhadap aplikasi mana yang menggunakan kebenaran.

Xiaomi menerusi laman web rasmi juga kongsikan antara permasalahan yang mungkin akan dihadapi buat Android Q BETA :

  • Alarm does not ring when the device is switched off.
  • Device restarts after user selects wireless projection device in the wireless display.
  • “Settings” app stops running after user deactivates shortcut to mute device.
  • “Settings” app stops running when “Gesture” is selected in “Settings”
  • “File” app stops running after refresh. 
  • Unable to switch screen color in “Settings”
  • Unable to ‘Add a fingerprint’

Dalam masa yang sama, Pengarah Perisian Sistem Mudah Alih Xiaomi iaitu Zhang Guoquan turut kongsikan gambar screenshot rupa bentuk Android Q (10) yang digunakan pada Xiaomi Mi 9. Malahan, jika dilihat tiada banyak perubahan yang diperlihatkan dari Android Pie (9).

Selain Xiaomi Mi 9, model lain seperti Xiaomi Mi 9 SE, Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition, Xiaomi Mi 8 (pengimbas cap jari di skrin), Xiaomi Mi MIX 2S, Xiaomi Mi MIX 3, Redmi K20 dan Redmi K20 Pro juga bakal mendapat kemaskini Android Q BETA pada suku tahun keempat (Q4) tahun ini.

Manakala siri Redmi Note 7 pula dilaporkan akan mendapat kemaskini Android Q BETA pada suku tahun pertama (Q1) buat tahun 2020 nanti.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: