Anda akan dibayar jika menghantar barangan E-Waste di Selangor

Pastinya ada antara kita yang masih menyimpan barangan elektronik yang terpakai walaupun sudah rosak dan masih tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk dibuang.

Jika melihat dari persekitaran kita masa kini, sisa elektronik atau e-waste sebenarnya adalah salah satu bahan pencemar terbesar di planet ini. Ia juga disebabkan oleh kebergantungan kita terhadap pelbagai barangan elektronik yang semakin banyak.

Sebenarnya ada satu cara yang boleh digunakan untuk anda membuang barangan elektronik dan anda akan mendapat bayaran. Barangan elektronik seperti televisyen, telefon, komputer, dan pelbagai lain barangan elektronik yang berkaitan.

Kita tidak boleh membuang barangan berikut sesuka hati di mana saja kerana kebanyakan terdapat sisa yang mungkin mengandungi bahan yang berbahaya dan beracun kepada kesihatan dan alam sekitar kita.

Di dalam Selangor sendiri, terdapat lebih daripada 30 pusat pengumpulan untuk anda menghantar barangan elektronik yang tidak lagi digunakan atau yang mahu dibuang.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: