Yodoo menjadi penaja rasmi buat Liga Premier Futsal Malaysia (LPFM)

Yodoo nama yang tidak asing lagi buat perkhidmatan mudah alih di Malaysia dan juga syarikat telco pertama di Malaysia yang memberi perkhidmatan 100% digital dan ubah suai sendiri.

Bersempena Liga Premier Futsal Malaysia (LPFM) yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (PBSM), Yodoo diumumkan menjadi penaja rasmi buat liga tersebut dan menjadi dan syarikat telco yang pertama dalam penglibatan liga tersebut.

Dalam pengumuman itu, Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo juga turut berkata, “Yoodo sentiasa membuat keputusan yang berani, melalui aspek tawaran produk serta inisiatif bersama rakan kongsi. Kami percaya pada konsep memupuk dan membangunkan bakat tempatan dan kami berbangga untuk menyokong LPFM.”

Ia adalah salah satu inisiatif untuk menyediakan platform yang boleh meningkatkan bakat tempatan. Misi itu bermula dengan segmen e-sukan di mana Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi pertama, untuk Pertandingan PUBG MOBILE National Championship (PMNC). Seterusnya, Yoodo menubuhkan pasukan e-sukan PUBG tersendiri, Yoodo Gank dan menganjurkan pertandingan awam yang membantu dalam peningkatan perbualan, kandungan, dan pertandingan membabitkan e-sukan.

Dalam pada itu, LPFM akan bermula Sabtu ini pada 22 Jun 2019. Ia akan dibahagikan kepada kategori Lelaki dan Wanita. Kategori Liga Lelaki terdiri daripada 9 pasukan dengan jumlah 16 perlawanan yang akan dipertandingkan di antara bulan Jun dan September manakala Liga Wanita mempunyai 4 pasukan dengan 12 perlawanan yang dijadualkan pada Julai hingga September tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa FAM Futsal & Bola Sepak Pantai juga turut mengatakan bahawa “Kami berterima kasih kepada Yoodo atas sokongan mereka. Liga ini akan bermula tidak lama lagi dan kami amat teruja untuk berkongsi berita hebat ini yang akan membantu menaikkan semangat Liga Premier Futsal Malaysia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Yoodo dan membawa liga ke tahap yang lebih tinggi!”

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: