Xiaomi Mi Band 4 hadir dengan sambungan NFC dan paparan skrin AMOLED

Xiaomi hari ini di China telah melancarkan siri Mi Band terbaru iaitu Mi Band 4 dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik pada tanda harga yang sangat berpatutan.

Mi Band 4 hadir dengan skrin bersaiz 0.95-inci dengan panel AMOLED yang mempunyai resolusi 120 x 240 dan kaca anti-calar 2.5D. Ia sememangnya penaiktarafan yang mendadak jika dibandingkan dengan model terdahulu yang hanya menggunakan skrin bersaiz 0.78-inci da resolusi 80 x 120.

Selain itu, Mi Band 4 juga turut dilengkapi dengan mikrofon yang membolehkan anda menjawab panggilan dan menggunakan pembantu maya Xiaoai, serta sambungan NFC yang membolehkan anda membuat pembayaran melalui peranti.

Untuk ketahanan dalam air, Mi Band 4 mampu bertahan sehingga kedalaman 50 meter dalam air. Manakala untuk ketahanan penggunaan harian, Mi Band 4 mampu bertahan sehingga 20 hari termasuk 24 jam kadar degupan jantung.

Anda juga boleh mendapatkan Mi Band 4 Edisi Khas Avengers dengan harga CNY 349 (RM209), untuk versi tiada NFC dengan harga CNY 169 (RM101) dan untuk versi NFC dengan harga CNY 229 (RM137) mengikut tukaran wang asing semasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: