Xiaomi mempatenkan kamera swafoto dalam skrin tanpa menggangu paparan

Pelbagai cara yang telah diusahakan oleh pengeluar peranti untuk memberi pengalaman terbaik buat pengguna terhadap paparan pada skrin.

Demi untuk mencapai paparan skrin yang penuh tanpa sebarang gangguan takuk, kamera swafoto bermotor telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis fungsi bermotor. Bingkai pada skrin juga turut makin menipis. Boleh dikira dalam jangka masa yang singkat 2-3 tahun, teknologi paparan skrin telah menjadi fenomena dan fokus utama pengeluar peranti.

Jika sebelum ini Samsung dilaporkan sedang membina jenis skrin yang mempunyai kamera swafoto terbina dibawah skrin tanpa gangguan sebarang takuk untuk mencapai pengalaman paparan skrin yang penuh, kali ini Xiaomi pula dilihat telah mempatenkan rekaan mereka.

Paten ini dilaporkan telah dipohon sejak November 2018 yang menunjukkan terdapat kamera di belakang skrin berserta sensor cahaya dan terdapat paparan sekunder di bawah paparan skrin utama.

Sensor cahaya berfungsi dengan kedua-dua skrin dengan cara kamera dapat dilihat pada waktu yang diperlukan atau tidak kelihatan apabila ia tidak digunakan. Agak sukar untuk difahami kerana ia agak baru dan masih belum mendapat maklumat yang lebih jelas tentangnya.

Apa pun, kami pasti teknologi seperti ini bakal menjadi kenyataan dan ikutan sekurang-kurangnya pada awal tahun hadapan atau lewat tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami