Xiaomi 9T dilancarkan di Malaysia dengan harga RM1,199 — Bateri 4000mAh, Hi-Res Audio, Kamera Pop-Naik 20MP

Yang dinanti-nantikan kini telah pun tiba di Malaysia. Xiaomi Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi siri terbaru Xiaomi Mi 9 iaitu Xiaomi Mi 9T. Jika di China, ia lebih dikenali sebagai Redmi K20 yang mempunyai rekaan dan spesifikasi yang sama.

Perkara ini tidak hairan kerana juga Redmi adalah sub-jenama dari Xiaomi. Malahan, Xiaomi mungkin mempunyai sasaran pasaran yang tersendiri buat Xiaomi Mi 9T di Malaysia dan Redmi K20 di pasaran luar Malaysia. 

Namun apa yang sedikit mengecewakan pada pelancaran di Malaysia hari ini adalah Xiaomi Mi 9T Pro (K20 Pro) tidak dilancarkan bersama Xiaomi Mi 9T. Bermakna, hanya versi kelas pertengahan sahaja yang dilancarkan.

Xiaomi Mi 9T dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 730 dengan GPU Adreno 618 yang mempunyai kuasa seperti siri Snapdragon 800, 6GB RAM dan pilihan storan memori 64GB atau 128GBseperti yang ditawarkan buat Xiaomi Mi 9 SE sebelum ini, cuma berbeza dari segi cip pemproses dimana Mi 9T mempunyai cip yang lebih baik.

Pada bahagian lain, Mi 9T mempunyai paparan skrin 6.39-inci AMOLED 1080 x 2340 piksel dengan ketahanan Corning Gorilla Glass 5. Selain itu, terdapat pengimbas cap jari yang terbina dibawah skrin mengikut dan pengimbas muka melalui kamera pop-naik mengikut trend teknologi masa kini.

Mi 9T juga tiada sebarang takuk, bahkan menggunakan kamera swafoto jenis bermotor pop-naik 20MP f/2.2 dan mempunyai 6 pilihan bunyi ketika ia berfungsi. Xiaomi mengatakan ia dapat bertahan sehingga 300,000 pop-naik. Manakala bahagian kamera utama, menggunakan tri-kamera 48MP f/1.8, 26mm (wide) + 8MP f/2.4 53mm (telephoto) + 13MP f/2.4, 12mm (ultrawide) dan dwi-lampu flash.

Buat ketahanan penggunaan, Mi 9T dibekalkan dengan bateri yang lebih besar berbanding Mi 9 dan Mi 9 SE dengan bateri sebesar 4,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 18W dan jenis kabel USB Type-C.

Apa yang menarik dengan Mi 9T juga adalah ia mempunyai sokongan Hi-Res Audio, sokongan HD/HDR Netflix dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm untuk memberi pengalaman audio yang terbaik buat pengguna.

Harga rasmi yang ditawarkan di Malaysia adalah berharga RM1,299 buat 6GB + 64GB dan RM1,399 buat 6GB + 128GB dengan pilihan 3 warna Carbon black, Red flame, dan Glacier blue.

Anda juga boleh mendapatkan tawaran harga RM1,099 dengan pra-tempahan Mi 9T 6GB + 64GB di Lazadabermula 20 Jun – 24 Jun dan manakala jualan rasmi di Lazada bermula 25 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami