U Mobile perkenalkan E-Wallet terbaru mereka yang mempunyai Kad Debit

Sejak 2-3 tahun ini kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai jenis dompet digital (e-Wallet) yang diperkenalkan oleh syarikat terkemuka seperti Touch ‘n Go, Boost, Razer dan lain-lain lagi.

Pada hari ini, syarikat telco yang telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia iaitu U Mobile telah perkenalkan e-Wallet mereka sendiri yang mempunyai pelbagai fungsi yang bersifat universal untuk pelbagai kegunaan iaitu GoPayz dan GoBiz.

Bukan setakat e-Wallet sahaja, mereka juga turut perkenalkan Kad Debit GoPayz mereka tersendiri dengan sokongan Visa, MasterCard dan UnionPay yang boleh digunakan dimana sahaja diseluruh dunia untuk tujuan pembayaran.

Untuk GoPayz, ia bukan sekadar e-Wallet sahaja. GoPayz juga turut menawarkan perkhidmatan pertukaran mata wang dalam talian, penawaran insurans dan produk kewangan yang direka mengikut keperluan individu. GoPayz juga turut menawarkan mata ganjaran pada pelbagai transaksi.

Manakala GoBiz memberi banyak kelebihan kepada perniagaan besar-besaran mahupun kecil-kecilan. Pengguna boleh memohon yang akan diluluskan dalam masa 3 hari bekerja. Ia juga mempunyai Kad Debit GoBiz yang boleh digunakan secara universal sepert Kad Debit GoPayz.

Pengguna GoBiz juga dapat meningkatkan pendapatan menerusi perkhidmatan tambah nilai prabayar dan pembayaran bil kepada pelanggan. Kedua-dua perkhidmatan, GoPayz dan GoBiz juga dijamin keselamatan transaksi dibawah peraturan dan piawaian skim kad.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: