TM, Celcom dan Maxis akan menyediakan perkhidmatan internet di Sekolah menggantikan 1Bestarinet

1Bestarinet adalah projek yang bertanggungjawab yang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama 7 tahun sejak 2012 hingga tahun ini buat perkhidmatan internet dan aplikasi persekitaran pembelajaran virual (VLE) di 10,211 buah sekolah di seluruh negara kini tidak lagi memberi perkhidmatannya.

Pihak KPM hari ini telah mengumumkan 3 syarikat untuk memberi perkhidmatan internet (ISP) di sekolah-sekolah di Malaysia. Ia adalah Telekom Malaysia (TM), Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd.

Ketiga-tiga syrikat ini akan mula membekalkan perkhidmatan internet bermula 1 Julai tahun ini. Tambahan lagi, mereka juga turut menyediakan perkhidmatan internet ke beberapa bahagian di KPM dan 366 pusat kegiatan guru (PKG) di seluruh negara. Sebahagian kecil juga akan mula menerima perkhidmatan internet ini. KPM juga memberitahu bahawa kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak mungkin akan menerima sedikit gangguan dan akan selesai sebelum akhir bulan Julai.

Hatta, perkhidmatan internet yang dibekalkan oleh ketiga-tiga syarikat ini juga terhad dalam tempoh masa 6 bulan sahaja dari 1 Julai 2019 sehingga 31 Desember 2019. Setelah tempoh perkhidmatan tamat, KPM akan memilih semula perkhidmatan internet yang baharu berdasarkan penilaian dan penambahbaikan buat 1 Januari 2020.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: