Three UK bakal melancarkan rangkaian internet 5G pada Ogos tahun ini

Sebuah syarikat gergasi perkhidmatan internet di London, Three UK telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan rangkaian 5G pada Ogos tahun ini dengan sokongan untuk telefon pintar dan juga jalur lebar di rumah.

Menjelang hujung tahun ini, syarikat ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa rangkaian ini akan meliputi 25 bandar di UK termasuk London, Cardiff, Glasgow, Birmingham, Manchester, dan Liverpool. Tambahan lagi, rangkaian jalur lebar di rumah 5G akan berpusat di London.

Three UK bakal menjadi syarikat ke-3 yang akan melancarkan rangkaian 5G selepas EE dan Vodafone. Syarikat telekomunikasi EE merupakan syarikat pertama yang melancarkan rangkaian 5G di UK yang telah meliputi 6 buah bandar buat masa ini selepas seminggu ia dilancarkan dengan menawarkan internet berkelajuan 200Mbps.

Sementara itu, Vodafone juga turut akan melancarkan rangkaian 5G pertama mereka pada 3 Julai hadapan. Setakat ini, 25 bandar bakal menerima rangkaian 5G dari syarikat Three UK menjelang hujung tahun ini dibandingkan 19 bandar dari Vodafone, manakala 16 bandar dari EE.

Artikel oleh : Hakim Zainal (FacebookTwitterInstagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami