Telefon pintar Vivo dilaporkan meningkat sehingga 15% penghantaran dengan jumlah 4.5 juta di India

Jenama Vivo bukan nama yang asing lagi dalam arena telefon pintar. Vivo mempunyai keunikannya yang tersendiri membuatkan jenama Vivo menjadi kegemaran para pengguna. Lebih-lebih lagi pada bahagian rekaan yang menawan dan teknologi yang ditawarkan.

Mengikut laporan terkini yang dibuat oleh penganalisa Canalys, penghantaran telefon pintar Vivo di negara India mencatatkan peningkatan sehingga 15% dalam pasaran sejak dari suku tahun ke-4 (Q4) 2018 hingga suku tahun pertama (Q1) 2019 tahun ini.

Penghantaran telefon Vivo dilihat mencecah 4.5 juta unit buat suku tahun pertama (Q1) untuk tahun 2019 dan lebih 7.3% dari satu tahun yang lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu juga turut berkata “Kami sangat terinspirasi dan bermotivasi untuk melihat hasil pertumbuhan Vivo Smartphones di India. Saya yakin bahawa kami juga akan terus menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi di Malaysia dengan produk hebat yang kami tawarkan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami