Telco khas bantu OKU dengan diskaun sehingga RM44

Hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan satu inisiatif bagi membantu menaik taraf kehidupan Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada segi kelebihan ekonomi dan digital. Ia adalah langkah kerajaan yang prihatin terhadap golongan OKU.

Inisiatif terbaru ini adalah memberi diskaun prabayar dan pascabayar telekomunikasi. Diskaun yang ditawarkan adalah serendah antara RM10 dan RM15 untuk perkhidmatan prabayar dan pascabayar mudah alih, dan antara RM10 dan RM44 untuk pakej talian tetap yang tertentu.

Memetik kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, beliau berkata “Kami (kerajaan) sangat prihatin dengan nasib OKU dan ingin memastikan mereka juga dapat menikmati faedah revolusi digital dan tidak dibiarkan sekiranya mereka ingin meningkatkan perniagaan dalam talian mereka dengan menaik taraf kemudahan mereka”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami