Sokongan Pokemon Go melalui Apple Watch bakal ditamatkan

engeluar Pokemon Go, Niantic telah mengumumkan penamatan sokongan ke atas peranti Apple Watch versi permainan bermula 1 Julai 2019. Selepas tarikh tersebut, pemain tidak akan dapat mengakses aplikasi tersebut melalui peranti Apple Watch.

Imbau kembali awal perkenalan aplikasi tersebut, ia telah diumumkan pada September 2016 dan boleh dimuat turun kepada umum sebulan kemudian. Pemain tidak dapat bermain permainan itu dalam mod “full version” menggunakan peranti Apple Watch.

Ia perlu disambungkan ke telefon pintar bagi memaparkan sejauh mana pemain perlu berjalan sebelum telur menetas, memaparkan mata pengalaman yang diperoleh pemain, dan akan menghantar notifikasi apabila terdapat pokemon atau pokestop yang terdekat.

Menurut syarikat, aplikasi di Apple Watch bakal ditamatkan kerana mereka telah menawarkan satu ciri terbaru “Adventure Sync” pada tahun lepas.

Ciri ini membolehkan anda mengesan jejak langkah pemain melalui telefon pintar pemain. “Selepas ini pelatih tidak perlu menggunakan 2 peranti untuk bermain permainan ini.” Ulas Niantic.

Artikel oleh : Hakim Zainal (FacebookTwitterInstagram)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami