Selepas 18 tahun, iTunes mungkin tiada lagi – WWDC 2019

Jika anda sudah biasa dengan iTunes, ia adalah salah satu perisian di MacBook (macOS) yang mampu memberi aturan, backupn restore buat iPhone anda. Malah mampu membuat pelbagai perkara lain lagi.

Mengikut ura-ura pada kemaskini terbaru macOS yang bakal dilancarkan pada hari Selasa (4 Jun waktu Malaysia) nanti, Apple mungkin menarik kembali perkhidmatan iTunes setelah ia beroperasi selama 18 tahun semenjak 2001.

iTunes dilaporkan bakal digantikan dengan aplikasi Music yang mempunyai fungsi lebih kurang sama seperti iTunes sekarang. Selain itu mengikut laporan dari Forbes, 2 aplikasi baru juga turut bakal diperkenalkan iaitu aplikasi TV dan Podcasts pada macOS.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: