Selamat tinggal BlackBerry Messenger (BBM)

BlackBerry Messenger atau lebih dikenali sebagai BBM cukup terkenal dikalangan pengguna peranti pada tahun 2005 awal perkenalannya sehingga tahun 2013.

Saya sempat juga merasai pengalaman menggunakan peranti BlackBerry. Masa tu guna BlackBerry Curve dan BlackBerry Bold. Sekitar tahun 2010 – 2012, BlackBerry peranti yang cukup terkenal di Malaysia pada ketika itu selain dari iPhone atau Android.

Sehingga tahun 2013, BlackBerry telah mendapat pengguna yang aktif seramai 60 juta keseluruhan. BBM pada masa itu sememangnya telah mengubah cara berkomunikasi sambil bersosial pada aplikasi. Salah satu fungsi yang masih dalam ingatan adalah fungsi PING!!!

Namun tahun demi tahun, peranti semakin lama semakin bagus dan tawaran teknologi juga semakin menarik menyebabkan ramai pengguna berpaling tadah terhadap peranti BlackBerry.

WhatsApp mula menjadi pilihan pengguna disebalik BBM dengan jumlah pengguna yang aktif mencecah billion secara global. Semakin tahun BBM dilupakan malah pengguna yang aktif juga turut berkurangan.

Sehingga pihak BBM membuat keputusan untuk menutup operasi BBM secara rasmi pada 31 Mei (semalam). BBM sememangnya telah memberi perkhidmatan yang terbaik buat penggunanya sepanjang 14 tahun berkhidmat. Tapi apakan daya kini BBM tidak lagi menjadi pilihan pengguna buat aplikasi komunikasi.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: