Samsung Galaxy Fold akan menemui pengguna pada Julai ini

Samsung Galaxy Fold sepatutnya sudah membuat penghantaran pada penghujung bulan April yang lepas. Namun Samsung memaklumkan bahawa ia ditunda pada bulan Mei.

Menurut Samsung lagi, pembeli yang sudah menempah juga boleh batalkan tempahan jika Samsung masih tidak menghantar pada pembeli sehingga 31 Mei. Sememangnya tarikh berikut sudahpun lepas dan sehingga kini tiada laporan rasmi yang dibuat oleh pihak Samsung.

Menerusi laporan yang dibuat oleh Gizmochina, Eksekutif Samsung memaklumkan bahawa Galaxy Fold ‘mungkin’ akan hadir buat pengguna dalam bulan Julai tahun ini. Namun ia masih belum betul-betul sah lagi.

Ini adalah maklumat yang paling spesifik yang kami dapati mengenai keluaran Galaxy Fold walaupun ia masih tidak mengesahkan apa-apa. Tambahan lagi, tarikh pelepasan Galaxy Fold buat pengguna mungkin berbeza untuk beberapa negara.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: