Sah! Tiada Xiaomi Mi Max dan Mi Note yang akan dilancarkan tahun ini

Xiaomi sememangnya cukup terkenal dengan penawaran telefon pintar yang mempunyai spesifikasi dan rekaan yang premium dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik. Pelbagai model telah diperkenalkan sebelum ini termasuk siri Mi Max dan Mi Note.

Menerusi perkongsian CEO Xiaomi iaitu Lei Jun di Weibo, beliau telah mengatakan hasrat untuk memfokuskan terhadap beberapa model telefon pintar dipasaran iaitu siri Xiaomi Digital, Mi 9/SE, siri Mi MIX, super art business flagship dan siri terbaru Xiaomi CC buat pengguna muda di serata dunia.

Dalam pada itu juga, Lei Jun telah mengatakan bahawa tahun ini beliau tiada rancangan untuk untuk siri Mi Max dan siri Mi Note yang terbaru. Secara tak langsung, kita tidak akan melihat model terbaru Mi Max dan Mi Note tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami