Reviu : Samsung Galaxy M20 dengan bateri sebesar 5,000mAh

Samsung baru saja melancarkan model telefon pintar terbarunya Samsung Galaxy M20. Ia merupakan sebahagian daripada peranti dari siri M untuk pengguna terutama golongan muda bagi harga mampu milik. Ini adalah pandangan saya mengenai Samsung Galaxy M20.

Rekaan

Walaupun begitu ia sedikit sebanyak mempunyai pro dan kontra. Jika diamati, Samsung Galaxy M20 tidak jauh berbeza dari rekaan telefon pintar Samsung yang lain. Di bahagian belakang misalnya, ia kelihatan kurang menonjol. Material plastik berwarna biru matte dengan lapisan berkilat di atasnya sama seperti yang dilihat pada model telefon Samsung yang lain. Bukan itu saja, disebabkan dibelakangnya terdapat cap jari dan magnet licin, anda kena cepat-cepat cari sarung pelindungnya.

Tetapi bukanlah semuanya tidak bagus. Apa yang menarik mengenainya ialah kedudukan pengimbas cap jari kerana ia betul-betul berada di kedudukan jari telunjuk ketika menyentuh skrin telefon. Ia bukan semua yang buruk dan, saya sangat menyukai kedudukan pengimbas cap jari kerana ia jatuh tepat di mana jari telunjuk saya menyentuh telefon.

Pembaca cap jari juga setiap sekali dibangkitkan untuk memudahkannya dicari. Pembaca cap jari juga mudah timbul membuatkan ia senang untuk dicari.

Paparan

Peranti ini juga dianggap sediki ‘special’ untuk kelasnya. Mana tidaknya ia hadir dengan paparan skrin 6.3-inci dan menggunakan infinity-V yang pastinya memberikan pengalaman menonton lebih luas. Walaupun dengan skrinnya yang besar, kita dengan mudah boleh mencapai butang di tepinya.

Tidak seperti Galaxy M10, M20 menggunakan port USB-C untuk mengecas dan memindahkan data. Terdapat juga bicu audio 3.5mm untuk fon kepala. Selain itu, sepakernya juga direka di bahagian tepi supaya bunyi audio tetap jelas dan kuat ketika diletakkan di atas meja.

Kuasa dan kelebihan

Bercakap mengenai multimedia, peranti ini turut didatangkan dengan Widevine L1 untuk pengalaman penstriman bresolusi tinggi. Galaxy M20 dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 7904 yang menggunakan kombinasi dua teras Cortex A73 pada 1.6GHz. Ia dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan sebesar 64GB yang boleh ditingkatkan melalui kad mikroSD. Pastinya ia banyak memberi kelancaran kepada penggunannya.

Kamera

Dari segi keupayaan kameranya pula, ia didatangkan dengan sistem dwi kamera utama menerusi penggunaan sensor 13MP dan 5MP. Kamera keduanya mempunyai keluasan pandangan sehingga 120 darjah, membolehkan lebih banyak objek atau gambar berkumpulan dirakam.

Selain turut memberikan hasil gambar yang baik, dalam keadaan cahaya yang terang peranti ini mampu merakam imej yang bagus. Bagaimanapun, ia mempunyai masalah untuk mengimbangi pencahayaan terutama ketika berada di kawasan kurang cahaya di mana imej yang diambil agak mengecewakan.

Ketahanan bateri

Tetapi menariknya peranti ini hadir dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5,000mAh. Ketahanannya juga sudah diuji dan hasilnya mengejutkan apabila ia masih mampu bertahan walaupun digunakan untuk melakukan pelbagai tugasan seperti bermain game atau menyemak media sosial.

Dan jika anda menyangka peranti dengan kapasiti bateri sebesar ini mengambil masa lama untuk dicas, anda silap, kerana ia menyokong pengecasan pantas selain mengambil masa sekurang-kurangnya 2 jam 15 minit untuk dicas sepenuhnya.

Konklusi

Secara keseluruhannya, peranti ini boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki untuk kelas seumpamanya . Sistem operasi dan pemproses yang digunakan dalam peranti ini pastinya sedikit sebanyak membantu melancarkan penggunaannya. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Samsung Galaxy M20 di pasaran sekarang.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: