Reviu : OnePlus 7 Pro selepas sebulan

OnePlus 7 Pro, salah satu telefon pintar buat tahun ini yang saya boleh beri pujian walapun saya bukan pengguna jenama OnePlus yang tegar, tapi saya merasakan OnePlus sedang menunjukkan kredibiliti dan komitmen mereka untuk mengeluarkan produk yang sangat baik.

Jika anda seorang gamers, OnePlus 7 Pro adalah salah satu telefon pintar yang terbaik untuk anda gunakan tahun ini. Ia sangat sesuai buat penggemar permua (permainan mudah alih). 

Paparan Skrin

Selepas sebulan menggunakan, saya akui terhadap pengalaman menggunakan OnePlus 7 Pro sememangnya sangat mengagumkan. Kepuasan terhadap paparan skrin 6.67-inci Fluid AMOLED dengan pengesahan HDR 10+ dan fresh rate 90Hz memang tidak disangkal lagi sangat puas!

Walaupun terdapat laporan berhubung isu sebelum ini bahawa beberapa unit OnePlus 7 Pro mempunyai masalah sentuh sendiri (ghost touch) pada skrin, namun saya bersyukur unit yang gunakan tiada masalah tentang hal itu.

Prestasi

Prestasi OnePlus 7 Pro tidak disangkal lagi. Ia dikuasakan dengan Snapdragon 855 dan prestasi pertukaran/membuka aplikasi dan membuat kerja harian pada beberapa aplikasi yang sangat laju tanpa sebarang isu sangkut atau perlahan.

Bateri dan pengecesan

Pada ketahanan bateri 4000mAh, OnePlus 7 Pro juga memberi ketahanan yang memuaskan. Walaupun saya bukan penggemar permua (permainan mudah alih) secara harian, saya sudah mencuba beberapa permua termasuk PUBG Mobile dan Mobile Legends. Ia ternyata memberi hasil yang puas apabila mendapat hasil ketahanan bateri dari 100% ke 0% sekitar 10 ke 12 jam untuk penggunaan biasa, manakala 6 ke 7 jam untuk penggunaan yang lebih.

Dengan pengecasan pantas 30W juga, ia banyak membantu terhadap penggunaan harian dan mempunyai keupayaan mengecas dari 0% ke 100% dalam masa 1 jam 15 minit setelah saya mencubanya sendiri. Namun sedikit mengecewakan apabila ia tiada sokongan pengecasan tanpa wayar (Wireless).

Kamera

Saya akui, kamera yang dibekalkan pada OnePlus 7 Pro bukanlah kamera terbaik yang pernah saya gunakan. Tapi ia seperti biasa-biasa sahaja. Jika anda mengharapkan OnePlus 7 Pro mempunyai fungsi kamera terbaik, ia mungkin sedikit mengecewakan.

Tambahan lagi, saya juga bukan penggemar kamera pop-naik. Jadi, ia adalah antara perkara yang saya kurang tertarik terhadap OnePlus 7 Pro. Tapi kualiti gambar dari kamera swafoto pop-naik boleh dipuji.

Ketahanan dan rekaan

Manakala pada bahagian ketahanan, OnePlus 7 Pro tiada IP Rating seperti yang diperlukan buat kebanyakan peranti kelas atasan. Namun bagi saya secara peribadi, ia bukan isu yang besar. Ketahanan skrin yang digunakan adalah jenis Corning Gorilla Glass 5 dan saya pasti jika skrin pecah atau rosak, kos gantinya pasti mahal dan melebihi seribu ringgit.

Pengalaman memegang OnePlus 7 Pro lebih kurang seperti memegang Samsung Galaxy S10+ kerana skrin dan panel belakang yang bentuk melengkung (curved) dan rasa sedikit berat. Apa yang saya perasan juga, skrin OnePlus 7 Pro tinggi sedikit berbanding Samsung Galaxy S10+ dan membuatkan ibu jari agak sukar sedikit untuk menyentuh bahagian atas skrin.

Harga rasmi yang ditawarkan di Malaysia :

  • 6GB/128GB = RM2,999
  • 8GB/256GB = RM3,699
  • 12GB/256GB = RM4,199

Jika anda ingin memilih warna yang sesuai, saya galakkan anda untuk memilih warna Nebula Blue. Warna yang saya rasa amat unik, cantik, elegen dan nampak sangat premium.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami