Promosi AirAsia — Lebih 5 Juta tempat duduk dan jualan besar-besaran!

AirAsia adalah nama yang tidak asing lagi di rantau asia, lebih-lebih lagi di Malaysia. Mereka seringkali menawarkan harga penerbangan tambang murah dan tawaran promosi dengan harga tiket yang tak masuk akal.

Untuk tawaran promosi yang terbaru, AirAsia menawarkan promosi ‘tempat duduk percuma‘ untuk tempoh yang terhad dengan jualan besar-besaran promosi lebih 5 juta tempat duduk! Khas untuk ahli AirAsia BIG, harga yang ditawarkan adalah serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru. Manakala RM89 untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang. Dan RM139 ke Shantou dan Bhubaneswar.

Buat penerbangan AirAsia X, anda boleh menikmati tambang serendah RM179 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing. Yang ingin ke Jepun, harga yang ditawarkan adalah RM279 untuk penerbangan ke Osaka.

Selain itu, AirAsia juga turut menawarkan promosi tempat duduk Premium Flatbed dengan harga RM699 dari Kuala Lumpur ke Jaipur, RM799 ke Jeju dan Taipei, dan RM899 ke Perth, Australia!

Tawaran ini terhad untuk tempahan 17 Jun 2019 (0001h GMT +8) sehingga 19 Jun 2019 (2400 GMT +8) bagi tempoh perjalanan antara 1 November 2019 sehingga 8 September 2020. Tempahan boleh dibuat melalui portal rasmi AirAsia atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: