Peranti terbaru Huawei tidak lagi tersedia dengan aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp

Facebook, Instagram dan WhatsApp bukan nama yang asing lagi terhadap aplikasi yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Ketiga-tiga aplikasi ini adalah dari syarikat yang sama iaitu Facebook.

Jika anda sudah biasa menggunakan atau membeli peranti Huawei sebelum ini, anda mungkin perasan bahawa ketiga-tiga aplikasi ini turut hadir (sedia pasang) bersama peranti baru Huawei tanpa perlu dimuat turun. Jika ingin digunakan, mungkin hanya perlu dikemaskini sahaja.

Namun hari ini Facebook dilaporkan tidak lagi membenarkan peranti keluaran Huawei yang terbaru untuk sedia pasang (pre-installed) ketiga-tiga aplikasi ini. Langkah ini mungkin berkait dengan pengharaman kerajaan Amerika Syarikat terhadap syarikat telcom terbesar di China itu.

Akan tetapi, anda jangan gusar. Ini bukan bermakna anda tidak boleh gunakan ketiga-tiga aplikasi ini di telefon Huawei. Anda masih boleh muat turun dan kemaskini ketiga-tiga aplikasi ini di Google Play Store seperti biasa.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: