Peranti boleh lipat dari Oppo dengan kamera pop-up

Jika imbas kembali pada acara khas MWC 2019 yang diadakan pada bulan Februari yang lalu, Oppo telah perlihatkan peranti boleh lipat mereka yang mempunyai rekaan seperti Huawei Mate X. Namun baru-baru ini, Oppo dilaporkan sedang mengusahakan rekaan yang berlainan.

Pada gambar yang tertiris, jelas dapat lihat rekaan peranti boleh lipat Oppo yang mempunyai kamera yang boleh terangkat (pop-up) dan paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk. Namun ia mempunyai bingkai seakan Apple iPad Pro.

Sistem skrin lipat yang digunakan nampak sama seperti Huawei Mate X dan berbeza dari sistem lipat yang diperkenalkan oleh Samsung Galaxy Fold . Pada bahagian belakang tengah, jelas dapat lihat sistem lipat yang mempunyai permukaan bergigi.

(Sumber)

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: