Penjual tempatan memberi jaminan ‘100% bayaran balik penuh’ sekiranya peranti Huawei tidak mendapat akses Google Play Store

Pada bulan Mei yang lepas kita telah digemparkan dengan berita yang mengejutkan bahawa kerajaan AS serta merta bertindak mengharamkan syarikat telcom terbesar di China iaitu Huawei di AS. Ia bukan itu sahaja, syarikat teknologi lain termasuk Google yang berpangkalan di AS juga turut terpalit tentang pengharaman ini.

Jika merujuk tentang kenyataan rasmi pihak Google dan Huawei sebelum ini, mereka telah menyatakan bahawa peranti Huawei sedia ada sekarang masih tetap akan menyokong perkhidmatan Google Play Store. Bermakna anda masih boleh muat turun dan kemaskini aplikasi seperti biasa.

Berhubung isu itu juga, baru-baru ini penjual di Filipina juga telah menjalankan program ‘bayaran balik penuh’ terhadap peranti Huawei jika perkhidmatan Google seperti Play Store, Gmail, dan YouTube serta aplikasi bukan Google lain yang popular seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp tidak berfungsi pada peranti Huawei.

Hari ini, penjual tempatan pula memberi jaminan buat pengguna Huawei di Malaysia untuk membuat 100% bayaran balik penuh jika perkhidmatan Google dan aplikasi penting seperti Facebook, WhatsApp dan lain-lain tidak berfungsi pada peranti Huawei.

Jaminan ini juga tertakhluk kepada pembelian di DirectD sahaja buat masa ini dan tertakhluk kepada terma dan syarat. Ia mungkin adalah langkah untuk meyakinkan kembali pelanggan dan pengguna Huawei di Malaysia tentang masa depan peranti Huawei yang masih menjadi tanda tanya.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: