Pengharaman Huawei – Kebanyakan syarikat teknologi akan menghadapi akibat buruk jika mereka mengikut perintah kerajaan AS

Pada minggu lepas kerajaan China telah memanggil syarikat teknologi besar Amerika Syarikat (AS) Microsoft dan Dell,termasuk Samsung dari Korea Selatan untuk memberi amaran bahawa mereka boleh menghadapi akibat buruk sekiranya mereka mengikut perintah kerajaan AS terhadap pengharaman kerjasama dengan Huawei menerusi laporan dari NY Times.

Ia adalah amaran mengenai penjualan teknologi AS kepada syarikat-syarikat di China. NY Times juga melaporkan bahawa amaran itu datang dalam pertemuan mereka yang diadakan awal minggu ini oleh ahli-ahli Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China.

Turut hadir bersama dengan anggota Kementerian Perdagangan dan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, kakitangan yang bertanggungjawab terhadap “pelbagai syarikat yang mengeksport barangan ke China”.

Tidak terlalu jelas syarikat-syarikat lain yang juga turut hadir dalam pertemuan itu. Namun apa yang jelas adalah terdapat beberapa firma semikonduktor yang paling penting di dunia dan berserta syarikat gergasi teknologi lain.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: