Pengeluaran peranti Huawei diberhentikan

Menurut laporan dari South China Morning Post, menerusi sumber mereka yang tidak mahu dikenali telah menyatakan bahawa syarikat pengilang peranti iaitu Foxconn telah menghentikan beberapa proses pengeluaran peranti Huawei dalam beberapa hari ini.

Jika anda masih belum kenal, Foxconn adalah salah satu syarikat pengilang elektronik dari Taiwan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan peranti Apple iPhone, Xiaomi dan juga Huawei.

Namun setakat ini tiada maklum balas rasmi dari pihak Foxconn berhubung isu menghentikan pengeluaran peranti Huawei dalam jangka masa pendek atau jangka masa yang panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami