Pelindung Samsung Galaxy Note 10 tertiris!

Seperti tahun-tahun sebelum ini, siri Galaxy Note baru mungkim akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini. Buat siri kali ni, Samsung mungkin akan perkenalkan 2 variasi iaitu Galaxy Note 10 dan Note 10 Plus dengan pilihan spesifikasi yang berbeza.

Menerusi kicauan (Tweet) yang dikongsikan oleh SlashLeaks di laman Twitter beliau, dapat lihat pelindung (casing) buat Samsung Galaxy Note 10 yang bakal dilancarkan pada bulan Ogos nanti. Pelindung berikut dikhabarkan mengikut gambar rekaan Galaxy Note 10 yang tertiris sebelum ini.

Dapat lihat rekaan skrin dengan lubang kamera yang diletakkan pada bahagian tengah dan bingkai yang lebih nipis berbanding peranti Samsung sebelum ini.

Pada bahagian kamera pula, dapat lihat ia mempunyai 5 kamera yang berbeza yang berbentuk vertikal. Ia dikhabarkan adalah versi Galaxy Note 10 Plus. Manakala Galaxy Note 10 biasa hanya dibekalkan dengan tri-kamera. Jika lihat dengan lebih teliti, tak lain tak bukan seperti rekaan Huawei P30 Pro. Namun setakat ini tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi Galaxy Note 10.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: