Pejabat White House AS meminta tunda pengharaman Huawei dalam masa 2 tahun lagi

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB) White House Amerika Syarikat telah meminta agar kongres menunda larangan kontraktor persekutuan menggunakan peralatan peranti Huawei.

Larangan ini adalah sebahagian daripada Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA), yang melarang para kontraktor bagi kerajaan persekutuan menggunakan peralatan Huawei atas kebimbangan bahawa teknologi syarikat itu boleh digunakan untuk mengintip kerajaan Amerika bagi pihak kerajaan China.

Menurut Wall Street Journal, permintaan tersebut dibuat secara rasmi dalam surat yang dikemukakan oleh Russell T. Vought, pengarah bertindak Pejabat Pengurusan dan Anggaran.

Ia juga telah dihantar kepada Naib Presiden Mike Pence, serta sembilan anggota kongres yang berbeza. Tambahan lagi, NDAA telah pun ditandatangani oleh Presiden Donald Trump.

Jacob Wood, jurucakap dari White House OMB juga turut mengatakan kepada pihak media Wall Street Journal bahawa :

“Ini mengenai memastikan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan dengan kerajaan A.S atau menerima geran dan pinjaman persekutuan mempunyai masa untuk membebaskan diri daripada menjalankan perniagaan dengan Huawei dan syarikat teknologi Cina lain yang tersenarai dalam NDAA”

Ini bermakna, walaupun Huawei telah diharamkan di Amerika Syarikat termasuk ahli kerajaan mereka sendiri, para kontraktor bagi kerajaan persekutuan masih boleh menggunakan peranti Huawei dalam masa 2 tahun lagi dari sekarang yang dijangka sehingga tahun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami