Pakar rangkaian kini CEO baru TM

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini telah mengumumkan Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru TM.

Pengerusi TM, Rosli Man juga turut mengatakan bahawa “Kami bersedia untuk berkhidmat bersama beliau dan saya yakin dengan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan meluas mengenai industri yang beliau miliki, Noor Kamarul pasti mampu membawa TM ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan dan meneroka bidang-bidang pertumbuhan baharu”.

Jika melihat latar belakang Dato’ Noor Kamarul, beliau mempunyai pengalaman yang luas selama 34 tahun dalam menguruskan rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia mahupun di Indonesia.

Tambahan lagi, beliau juga telah menerajui pelbagai projek yang melibatkan strategi, perancangan dan pelaksanaan daripada rangkaian kawasan baharu (Greenfield network), 3G, 4G hinggalah penggabungan rangkaian selular. Fokus utama beliau adalah terhadap rangkaian tetap, rangkaian mudah alih dan jalur lebar mudah alih. Juga pernah menyertai Celcom (Malaysia) Bhd pada tahun 2003 sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO).

Katanya juga, “Kami akan meneruskan perjalanan transformasi kami dan melaksanakan inisiatif strategik yang telah dirangka bagi membantu TM berdepan cabaran masa kini yang sedang dihadapi dan meletakkan Syarikat pada kedudukan yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan mampan”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami