Oppo menunjukkan kamera swafoto yang terbina pada skrin tanpa sebarang takuk

Tahun ini kita telah diperlihatkan dengan pelbagai rekaan kamera bermotor demi untuk mencapai pengalaman skrin penuh tanpa sebarang takuk.

Hari ini menerusi laman Twitter rasmi Oppo, satu video yang dikongsikan oleh pihak Oppo telah mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi penggemar peranti.

Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu, terlihat sebuah peranti Oppo yang mempunyai paparan skrin penuh tanpa sebarang takuk atau tanpa kamera bermotor telah menunjukkan teknologi kamera dibawah skrin.

Semasa paparan video dibuka, tiada sebarang kesan takuk dapat dilihat. Namun semasa aplikasi kamera dibuka, terlihat kemampuan peranti itu mempunyai lampu yang bersinar berbentuk bulat untuk fungsi kamera swafoto yang terbina didalam skrin.

Kami menjangkakan teknologi ini akan diperkenalkan dalam masa yang terdekat. Apa pun sama-sama kita nantikan maklumat lebih lanjut tentang teknologi ini oleh pihak Oppo.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami