Oppo dan Xiaomi mencuba Hongmeng OS Huawei

Sistem operasi yang bakal dikeluarkan oleh Huawei bukan satu rahsia lagi. Ia berikutan sekatan kerjasama Huawei dengan syarikat teknologi Amerika Syarikat iaitu Google.

Menerusi laporan yang dikeluarkan dari Global Times, Xiaomi dan Oppo dilaporkan sedang mencuba sistem operasi yang sedang dibina oleh Huawei. Tambahan lagi, pihak Global Times juga sempat bertanyakan bila sistem ini akan dilancarkan? Eksekutif Huawei, Shao Yang menyebut “ia adalah rahsia”.

Chinese #smartphone makers including #Xiaomi and #OPPO, are reportedly testing #Huawei’s operating system #HongMeng OS.When asked by the Global Times when the new system, which could challenge #Google’s @Android, will be launched, Huawei executive Shao Yang said, “It’s a secret.” pic.twitter.com/r9EgxHeGam— Global Times (@globaltimesnews) June 11, 2019

Namun menerusi kemaskini laporan yang dibuat oleh Huawei Central, pihak Huawei telah menolak kenyataan bahawa Oppo dan Xiaomi sedang mencuba OS mereka dan berkata “Sebarang maklumat untuk kesan ini akan dikeluarkan melalui saluran rasmi”Ini bermakna berita yang diwartakan oleh pihak Global Times sedikit meragukan sama ada ia benar atau tidak.

Jika ia benar, kebimbangan ini tak lain tak bukan adalah dari Google sendiri memandangkan kebanyakan pengeluar peranti yang menggunakan OS Android adalah terdiri dari pengeluar dari China. Jika kebanyakan pengeluar dari China menggunakan OS yang dibangunkan oleh Huawei, Google mungkin menghadapi masalah yang besar.

Apa pun, kami mengharapkan ada maklumat yang lebih lanjut mengenai sistem operasi Huawei dalam masa terdekat yang dikeluarkan dari saluran rasmi Huawei.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami