Nubia Red Magic 3 bakal memasuki pasaran tempatan

Nubia Red Magic 3 telah dilancarkan pada 28 April yang lalu dan ia adalah siri peranti yang tidak asing lagi terhadap peranti yang memfokuskan pada ciri permua (permainan mudah alih) dari Nubia.

Menerusi laman Facebook rasmi Nubia Malaysia, Nubia telah kongsikan gambar bahawa ia bakal hadir di Malaysia. Jangkaan saya adalah dalam masa terdekat ini antara Jun atau Julai tahun ini.

Peranti ini sememangnya mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ia dikuasakan dengan Snapdragon 855, menggunakan skrin jenis AMOLED sebesar 6.65-inci dengan fresh rate 90Hz, pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB

Selain itu, ia mempunyai kebesaran bateri sehingga 5,000mAh dan menggunakan sistem pengecasan pantas27W jenis USB-PD seperti yang digunakan oleh siri Google Pixel dan iPhone X keatas. Untuk mengekalkan prestasi yang baik ketika penggunaan yang kerap, ia turut dibekalkan dengan kipas penyejuk yang berpusing pada kadar 14,000 rpm bagi mengelakkan kepanasan yang melampau.

Pada bahagian kamera, Nubia Red Magic 3 hanya menggunakan satu kamera 48MP yang berupaya merakam video 8K dan ia adalah peranti pertama didunia yang menyokong 1920fps rakaman Slo-mo video. Kamera swafoto hadapan pula menggunakan 16MP.

Harga jualan rasmi masih belum diketahui. Jika mengikut harga jualan pasaran di China, harga yang ditawarkan adalah bermula dengan CNY 2,899 (RM1,740) mengikut tukaran wang asing semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami