iPhone Xr 2 mempunyai ketahanan bateri 6% lebih baik

iPhone Xr adalah antara iPhone yang mempunyai tarikannya yang tersendiri. Walaupun ia adalah siri iPhone X yang menggunakan skrin jenis LCD, ia mampu memberi ketahanan bateri yang lebih baik berbanding iPhone X dan iPhone Xs (mengikut dari pengalaman pengguna dan ujian).

Pada laporan terkini, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan bateri kepada Apple iaitu China ATL (Ameperx Technology Limited) dilaporkan membekalkan bateri dengan kapasiti 3110mAh buat iPhone Xr 2 yang bakal dilancarkan September ini berbanding iPhone Xr yang hanya mempunyai kapasiti 2942mAh.

Secara jelas, ia adalah peningkatan kapasiti bateri sebanyak 5.7% dari iPhone Xr. Buat iPhone XI dan iPhone XI Max, kapasiti bateri dijangka akan meningkat sehingga 20 – 25% atau sekurang-kurangnya 10 – 15% mengikut dari analisa Ming-Chi Kuo.

Baca lebih lanjut mengenai : Rekaan iPhone Xr 2

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: