iPadOS membolehkan anda menggunakan iPad sebagai skrin kedua Mac

Pada acara khas WWDC 2019 yang dilangsungkan pada awal pagi tadi, Apple telah melancarkan sistem operasi terbaru khas buat iPad iaitu iPadOS. Sekaligus iPad tidak lagi menggunakan iOS sebagai sistem operasi. Hanya iPhone dan iPod sahaja yang bakal menggunakan iOS.

Pada iPadOS terbaru ini, pelbagai fungsi baru yang menarik telah diperkenalkan oleh Apple termasuk fungsi tema gelap seperti yang diperkenalkan buat iOS 13 dan fungsi Files baru yang mempunyai paparan seperti Finder di Mac dan ia dapat diakses oleh kad SD atau USB Flash untuk pemindahan data ke Files.

Apa yang lebih menarik pada iPadOS terbaru ini adalah fungsi Sidecar yang membolehkan anda menjadikan iPad sebagai skrin tambahan kepada Mac. Akan tetapi, Mac juga harus juga menjalankan sistem operasi macOS 10.15 Catalina yang terbaru.

Dengan pengurangan latency dari 20ms ke 9ms, ia membolehkan anda menggunakan Apple Pencil ke aplikasi Mac kreatif kegemaran anda dengan fungsi Sidecar. Anda boleh gunakan Apple Pencil untuk mereka bentuk dalam Illustrator, edit foto dalam Photo Affinity, atau buat model 3D di ZBrush.

Selaim itu, anda juga boleh gunakan Apple Pencil untuk tugas harian seperti lukisan dan lakaran atau menandakan tangkapan skrin dan PDF. Anda boleh memasukkan lakaran dari iPad anda dengan mudah ke mana-mana dokumen pada Mac anda.

FAIZ ZAINAL

Penaip, pencinta teknologi, pencinta alam sekitar, jurugambar, usahawan, pengembara dan peminat aktiviti lasak.

%d bloggers like this: