Huawei P30 Pro, Honor Play, OnePlus 7 Pro dan pelbagai lagi peranti telah mendapat “pengesahan HD” Netflix

Untuk anda menonton video HD, Netflix perlu mendapatkan pengesahan Widevine L1. Ia adalah digital rights management (DRM) yang dimiliki oleh pihak Netflix sendiri untuk memperakui peranti dan tablet yang menyokong penstriman video HD kerana mereka memiliki jenis format yang tersendiri.

Oleh itu, jika sesebuah peranti atau tablet tidak mendapat pengesahan Widevine L1, ia hanya memaparkan resolusi 480p sahaja untuk anda strim dan muat turun video di Netflix.

Walau sehebat mana peranti anda atau sebesar mana saiz skrin anda jika tiada pengesahan atau perlesenan yang sah, anda tidak dapat menonton video di Netflix secara HD (High Definition).

Justeru itu, Netflix baru-baru ini telah memperakui 23 lagi peranti dan tablet terbaru untuk anda menonton HD penuh dengan senarai peranti terkini yang telah dikemas kini secara rasmi.

Berikut adalah antara peranti yang telah diperakui :

  • Honor WaterPlay 8
  • Huawei MediaPad M5 10 (CMR-AL09, CMR-W09, CMR-AL19, CMR-W19)
  • Huawei MediaPad M5 10 Lite (HDL-AL09, HDL-W09)
  • Huawei MediaPad T5 10 AGS2-L09, AGS2-W09, AGS2-W19, AGS2-L03)
  • Samsung Galaxy Tab 10.1
  • Samsung Galaxy View 2 (SM-T927A)
  • Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL
  • Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3a dan Pixel 3a XL
  • Honor Play (COR-L29)
  • Huawei P Smart+ (INE-LX1)
  • Huawei P30 dan P30 Pro
  • OnePlus 7 dan 7 Pro
  • Razer Phone 2
  • Samsung Galaxy A10
  • Samsung Galaxy A20 dan A20e
  • Samsung Galaxy A30
  • Samsung Galaxy A40
  • Samsung Galaxy A50

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami