Huawei Malaysia menawarkan penukaran bateri fon berharga RM99

Berita baik buat pengguna Huawei. Jika anda mengalami permasalahan pada bateri, anda boleh menukar bateri anda dengan harga yang sangat berpatutan di Pusat Servis Huawei yang sah dengan harga RM99 sahaja.

Tawaran harga ini termasuk upah pasang dan harga barang. Jadi, tiada sebarang cas yang lain. Tawaran penukaran ini bermula hari ini dan jaminan waranti 30 hari juga turut diberikan. Berikut adalah peranti yang diterima untuk tawaran harga RM99 :

  • Siri P : P9, P9 Plus, P9 lite, P10, P10 Plus, P10 lite, P20, P20 Pro 
  • Siri Mate : Mate 8, Mate 9, Mate 9 Pro, Mate 9 Porsche Design, Mate 10, Mate 10 Pro, Mate 10 Porsche Design 
  • Siri Nova : nova Plus, nova lite, nova 2 Plus, nova 2 lite, nova 2i, nova 3, nova 3i

Anda boleh mencari Pusat Servis Huawei yang sah di pautan : Huawei.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Bitnami